Sejak penubuhannya, PIBG memainkan peranan bersama-sama pengurusan SK Besout 3 bagi membangun prasarana,mencari dana dan menyuntik semangat juang kepada warga sekolah bagi miningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah .Antara sumbangan PIBG kepada sekalah ialah:
1. Menyediakan pentas ucapan di hadapan dataran kejat.Pentas ini dimanfaatkan oleh warga sekolah sebagai ruang untuk mengadakan sesi perhimpunan.Sumbangan terbesar bagi membiayai pentas ini dipeolehi daripada sumbangan Ahli Parlimen Tanjung Malim, YB Dato' Sri Ong Ka Chuan.
Sebelum ini turapan dataran kejat diperolehi daripada usaha Pengerusi PIBG (Tn.Hj.Zainal b. Mohd Lazim-mantan) memohon peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Diikuti dengan bangsal letak kereta dan motorsikal.
2. Pondok Bacaan, adalah sumbangan terkini PIBG.Sebahagian besar dana untuk mendirikan dua buah pondok bacaan ini datangnya dari sumbangan YB Dato' Mohamad Khusairi b Abd. Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri, Slim River.
3. Pentas - Terletak di Dewan Utama SK Besout 3.Digunakan untuk aktiviti-aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran di samping acara-acara utama seperti sambutan hari anugerah cemerlang ,mesyuarat agung dan perayaan atau program lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
4. Tanaman kelapa sawit - Fasa pertama hasil cetusan ide Timbalan Pengerusi PIBG ketika itu, En. Kamali bin Muhamad.Tanaman anggaran seluas 2 ekar tersebut kini menjadi aset dan punca pendapatan PIBG dan sekolah.
5. Tanaman sawit fasa kedua telah diusahakan pada tahun 2011.Program ini mendapat sentuhan Ahli Parlimen Tanjung Malim Dato' Sri Ong Ka Chuan.Beliau juga telah sudi merasmikan acara penanaman anak-anak benih sawit yang diperolehi daripada sumbangan penduduk setempat.Sejumlah lebih 60 anak benih sawit telah ditanam.
6. PIBG juga telah menyumbang dana kewangan untuk Program Peningkatan UPSR SK Besout 3 2012.Sebanyak RM 1000.00 telah diperuntukkan kepada jawankuasa program untuk melaksanakan aktiviti dan juga sebagai ganjaran atau galakan kepada pelajar yang berjaya meningkatkan prestasi pelajaran dari masa ke masa.
7. Peralatan siararaya yang bernilai lebih RM 3000.00 diikuti beberapa peralatan tambahan dengan jumlah RM 500.00 untuk kegunaan sekolah dan program PIBG.
8. Sumbangan tempat duduk di pondok bacaan.Dua set tempat duduk disumbangkan oleh Timbalan Pengerusi PIBG SKB3, En. Rosni bin Hj. Salleh.
No comments:
Post a Comment