alu

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BESOUT 3,35600 SUNGKAI,PERAK.

Selamat Datang

SEKAPUR SIRIH
Dibina sebagai medan catatan, maklumat, makluman dan perkembangan terkini aktiviti PIBG dalam usaha membantu Sekolah Kebangsaan Besout3 meningktkan pencapaian dalam semua aspek.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan kami dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dan mesyuarat yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Besout 3,serta mesyuarat-mesyuarat AJK. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, masyarakat dan penduduk setempat,warga pendidik serta rakan blog berkaitan hal-hal yang boleh membantu peningkatan akedemik atau sahsiah pelajar amat kami harapkan dan hargai.Terima kasih!- Sidang redaksi.

MISI PIBG DAN SEKOLAH

MISI PIBG:

MEMBANTU SEKOLAH:

1. Meningkatkan pendidikan berkualiti bagi memcapai kurikulum.

2. Melahirkan murid-murid yang bepontesi dalam kecemerlangan ko-kurikulum.

3. Melahirkan murid-murid yang berhemah tinggi, berdisiplin dan mengamalkan nilai-nilai murni sepanjang masa.

4. Memajukan prasarana, mengumpul dana dan khidmat nasihat agar sekolah berdaya saing dan terus maju.

VISI PIBG

VISI PIBG:
Membantu Menjadikan Sekolah Kebangsaan Besout 3, Sekolah Cemerlang di Daerah Batang Padang Menjelang 2013.

MOTO

MOTO:KEMBALIKAN KECEMERLANGAN SKB3!

Friday 23 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Besout 3 Kali ke 26

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26
TArikh:23 Mac 2012.
Masa:2.30 Petang.
Perasmi : Encik Abd Rahman Bin Ali Hassan - Pengurus Felda Gunung Besout 3.

PERISTIWA BERGAMBAR:

Pendaftaran.

 2. Bacaan Doa pimpinan Ustaz Ahmad Dusuki b Zulkifli.
 3.Pentadbir Felda,PIBG dan Sekolah.
 4. Pengacara majlis.
 5. Kehadiran.

 6. Ucapan Guru Besar SKB 3, Tn.Hj.Mat Tajuddin bin Jailani.
 7. Pencatat minit, En. Amirul dan Cik Suria.
 8. Ucapan Pengerusi PIBG, En. Kamali bin Muhammad.
 9. Ucapan perasmi, En. Abd. Rahmad bin Ali Hassan, Pengurus Felda Besout 3.

Diikuti dengan;
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-25
Membentangkan penyata kewangan.
Pembubaran AJK PIBG Sesi 2011/12
Lantikan Pengerusi - En. Kamali bin Muhamad dan Saudara Mohd Noor b Hj. Leman.En.Kamali b Muhammad dilantik sebagai peneraju PIBG 2012/13.
Naib Pengerusi : En. Rosni b Hj. Salleh.
AJK:Mesyuarat memutuskan mengekal AJK lama.

PEMBENTANGAN USUL;

Hanya tiga usul diterima dan dibahaskan.

Usul daripada pihak pentadbir sekolah memohon kata putus tentang yuran tahunan PIBG.

Tn.Hj. Roslan Lee mencadangkan yuran dinaikkan sebanyak RM30 memandangkan durian runtuh yang diuar-uarkan pihak pengurusan Felda dan kerajaan dan harga komuditi sawit yang stabi.Beliau mengulas bahawa perbelanjaan yang semakin meningkat untuk melaksanakan setiap program kerana bilangan keluarga dan murid yang menyusut.

Mesyuarat memutus dan meluluskan kenaikan yuran PIBG untuk sesi 2012/13 sebanyak RM 30/keluarga/rumah.

Usul daripada Pn.Junainah bt Mat Rom, mencadangkan :

1. Kelas tambahan UPSR dimulakan seawal tahun 5.
Respons Tuan Guru Besar:Kelas sedang berlangsung dan dilaksanakan oleh guru-guru subjek.

2. Mohon diadakan pondok menunggu di luar sekolah untuk kegunaan ibubapa sewaktu menunggu anak pulang dari sekolah.

Respons:Tuan Guru Besar memaklumkan kawasan luar sekolah berada di bawah pengurusan pihak FELDA.Walaubagaimanapun PIBG dan pihak sekolah akan memanjangkan usul kepada pihak pengurusan FELDA.

Ucapan penangguhan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang.

Thursday 22 March 2012

Sumbangan PIBG Kepada SK Besout

Sejak penubuhannya, PIBG memainkan peranan bersama-sama pengurusan SK Besout 3 bagi membangun prasarana,mencari dana dan menyuntik semangat juang kepada warga sekolah bagi miningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah .Antara sumbangan PIBG kepada sekalah ialah:

1. Menyediakan pentas ucapan di hadapan dataran kejat.Pentas ini dimanfaatkan oleh warga sekolah sebagai ruang untuk mengadakan sesi perhimpunan.Sumbangan terbesar bagi membiayai pentas ini dipeolehi daripada sumbangan Ahli  Parlimen Tanjung Malim, YB Dato' Sri Ong Ka Chuan.
Sebelum ini turapan dataran kejat diperolehi daripada usaha Pengerusi PIBG (Tn.Hj.Zainal b. Mohd Lazim-mantan) memohon peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Diikuti dengan bangsal letak kereta dan motorsikal.

 

2. Pondok Bacaan, adalah sumbangan terkini PIBG.Sebahagian besar dana untuk mendirikan dua buah pondok bacaan ini datangnya dari sumbangan YB Dato'  Mohamad Khusairi b Abd. Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri, Slim River.

3. Pentas - Terletak di Dewan Utama SK Besout 3.Digunakan untuk aktiviti-aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran di samping acara-acara utama seperti sambutan hari anugerah cemerlang ,mesyuarat agung dan perayaan atau program lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


4. Tanaman kelapa sawit - Fasa pertama hasil cetusan ide Timbalan Pengerusi PIBG ketika itu, En. Kamali bin Muhamad.Tanaman anggaran seluas 2 ekar tersebut kini menjadi aset dan punca pendapatan PIBG dan sekolah.


5. Tanaman sawit fasa kedua telah diusahakan pada tahun 2011.Program ini mendapat sentuhan Ahli Parlimen Tanjung Malim Dato' Sri Ong Ka Chuan.Beliau juga telah sudi merasmikan acara penanaman anak-anak benih sawit yang diperolehi daripada sumbangan penduduk setempat.Sejumlah lebih 60 anak benih sawit telah ditanam.


6. PIBG juga telah menyumbang dana kewangan untuk Program Peningkatan UPSR SK Besout 3 2012.Sebanyak RM 1000.00 telah diperuntukkan kepada jawankuasa program untuk melaksanakan aktiviti dan juga sebagai ganjaran atau galakan kepada pelajar yang berjaya meningkatkan prestasi pelajaran dari masa ke masa.


7. Peralatan siararaya yang bernilai lebih RM 3000.00 diikuti beberapa peralatan tambahan dengan jumlah RM 500.00 untuk kegunaan sekolah dan program PIBG.

8. Sumbangan tempat duduk di pondok bacaan.Dua set tempat duduk disumbangkan oleh Timbalan Pengerusi PIBG SKB3, En. Rosni bin Hj. Salleh.

Sunday 11 March 2012

Makluman Mesyuarat Agung PIBG

Makluman kepada guru-guru dan ibubapa/penjaga murid SK Besout 3.

Mesyuarat Agung PIBG akan berlangsung pada ketentuan berikut:

Tarikh : 23/03/2012 (Jumaat)
Masa  : 02.30 Petang
Perasmian : En. Abdul Rahman bin Ali Hassan - Pengurus Felda Gunung Besout 3.

* Sediakan usul untuk dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat.

Terima kasih

Thursday 8 March 2012

Lawatan ke Putra Jaya dan Nilai

Dipelawa kepada semua AJK PIBG SK Besout 3, Guru-guru dan ibubapa pelajar SK Besout 3 untuk mengikuti lawatan ke Putra Jaya.Lawatan dianjurkan oleh PIBG SK Besout 3 seperti ketentuan berikut.

Tarikh: 19.04.2012 (Khamis)

Jadual / agenda lawatan

06.55 pagi : Berkumpul di Dataran Kejat SK Besout 3.
07.00 pagi : Berlepas ke Putra Jaya.
09.00 pagi : Tiba di Putra Jaya - Lawatan ke sekitar Putra Jaya.
12.00 tengah hari : Makan dan solat zuhur di Masjid Besi.
02.00 petang : Bertolak ke Nilai 3.
05.00 petang : Bertolak balik.
07.00 mlm : dijangka tiba ke SK Besout 3.

Bayaran

AJK PIBG dan Guru-guru SK Besout 3 - Percuma.
Ahli keluarga Ajk PIBG dan Guru-guru SK Besout 3 - RM 25.00.
Ibu-bapa dan orang-orang perseorangan - RM 25.00.

Makluman

Tempat terhad,berminat, daftar segera!Permohonan dan pendaftaran hubungi: Puan Rafizan bt Abdul Samad : 0135985478

Thursday 1 March 2012

Ahli Jawatankuasa PIBG 2011/2012

اهلي جوا تنکواس ڤرسا توان ايبوبا ڤ دان ݢورو سکوله کبڠساءن بساءوت تيݢ سوڠکاي ڤيراق
 سيسسي - 2011/2012

Sejarah Sekolah SK Besout 3

Sekolah ini mula di bina pada penghujung tahun 1984, iaitu sebuah bangunan pasang siap yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan ini mula di gunakan pada 2 hb Januari 1985.

Pada mulanya murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 4. Pada hari pertama sekolah ini di buka murid yang mendaftar bagi sekolah ini ialah seramai 161 orang. Dari sehari ke sehari bilangan murid yang masuk ke sekolah ini semakin meningkat dan ini menyebabkan timbulnya kekurangan bilik darjah. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah mengarahkan pelajar bagi tahun 5 dan 6 dipindahkan ke sekolah Kebangsaan Sri Besout pada 14.1.1985. ini beerti sekolah ini hanya menampung murid-murid dari tahun 1 hingga 4 sahaja.

Sehingga akhir tahun 1985 jumlah murid sekolah ini ialah seramai 220 dan 8 tenaga pengajar termasuk seeorang guru besar iaitu En Mohd Yusof Bin Taib. Terdapat 2 orang pegawai bukan guru iaitu Cik Noraini Jali dan En Razali Rahman.

Pada 1986 bilangan murid di sekolah ini semakin meningkat. Pada bulan Januari 1986, jumlah murid seramai 241 orang dalam 6 buah kelas. Bilangan tenaga pengajar seramai 8 orang dan bukan guru 2 orang.

Pada 1987 jumlah murid bertambah dengan pesatnya. Pada bulan Januari sahaja jumlah murid meningkat kepada 453 dan terpaksa di jalankan 2 sesi pagi dan petang. Sesi pagi untuk murid tahun 1,2 dan 5 manakala sesi petang pula murid tahun 3 dan 4. 8 buah kelas sesi pagi dan 4 buah kelas sesi petang. Jumlah tenaga pengajar ketika itu 17 orang.disebabkan kekurangan bilik darjah sesi pagi, pihak sekolah terpaksa meminjam 3 buah bilik dari sekolah agama rakyat yang berhampiran untuk di jadikan kelas.

Pada 3.3.1987, bangunan sekolah baru yang mempunyai 6 bilik darjah telah di bina. Projek ini adalah hasil daripada gotong royong. Selepas tarikh tersebut, semua persekolahan di jalankan 1 sesi sahaja. Pada bulan Julai, seramai 6 orang pelatih dari IPSI telah menjalankan latihan mengajar selama 5 bulan. Pada 15.11.1987, Guru Besar sekolah ini telah bertukar ke Trolak Timur dan diganti oleh Tuan Hj Abdul Rahim bin Hj. Abdul Hamid PPN,PJK iaitu Guru Besar daripada Trolak Timur.

Pada 1988, jumlah murid telah meningkat kepada 521 orang yang belajar pada 13 buah bilik darjah. Tenaga pengajar pada ketika itu seramai 21 orang. Pada Januari 1989, jumlah murid meningkat ke 686 orang dengan 21 tenaga pengajar dan seorang guru besar.

Pada tahun 1990 pertama kalinya persekolahan diadakan pada Disember 1989. Pada ketika itu jumlah murid seramai 802 orang. 3 blok bangunan baru telah siap dan membolehkan pelajar belajar dalam satu sesi sahaja.